TATABAHASA



Kata Nama Am Dan Kata Nama Khas
Kata Nama  Am
.Kata  yang  digunakan  untuk menerangkan   nama  manusia,  benda,  tempat,
 tumbuh- tumbuhan,  haiwan  dan  perkara  secara  umum.
. Contoh: 
.Benda- kayu, bakul, dinding, roti dan pensel, kereta dan lain-lain.

.Haiwan- unta, seladang, kerengga, semut, harimau dan lain-lain.

.Tumbuh-tumbuhan- padi, terung, rumput, sawi dan lain- lain.

.Manusia- petani, guru, kerani, polis, jururawat  dan lain-lain.

.Tempat- sekolah, lading, padang, sungai , pecan, kampung dan lain-lain.

Ditulis  dengan  menggunakan  huruf  kecil keccuali di pangkal ayat.

Ayat contoh:
-Mereka  makan  nasi  di medan  selera.
-Kakak  menjahit  baju  di dalam  bilik.
-Dia  menangkap  belalang  di belakang  rumah.

Kata Nama Khas
.Kata  yang  digunakan  untuk  menyebut  nama  manusia,  benda, 
tempat, tumbuh-tumbuhan,  haiwan  dan  perkara  secara  khusus.
Kata  nama khas  ini  ditulis  dengan  huruf   besar  pada  awal 
perkataannya.
.Contoh: Aiman,  Perdana Menteri,  Muzium Negara, Sang Belang,
 Februari, Proton Saga  dan  lain-lain.

Ayat contoh:
-Si Jalak  berkokok  setiap  pagi.
-Mereka  berkunjung  ke  Zoo Negara.

Kata Adjektif
1.     Kata  adjektif  ialah  kata  yang  menerangkan  sifat  atau  keadaan
seseorang,  benda,  tempat,  binatang  dan  sebagainya.

2.     Kata  adjektif  boleh  disertai  kata  penguat  seperti  amat,  paling  dan sangat.

3.     Beberapa  contoh  kata  adjektif  termasuklah  baik,  halus,  bulat,  biru, kaya,  garang,  gemuk, panjang  dan  sebagainya.

4.     Ada  juga  kata  adjektif  yang  berawalkan  ter-,  contohnya  tertinggi  , terbaik,  tercantik,  dan sebagainya. Awalan  ter-  itu  memberikan  makna  paling.

5.     Terdiri  daripada  lapan  golongan :
-pancaindera- wangi, manis,  lembut,  keras

-warna-  merah,  biru,  hijau,  kuning
     -bentuk- leper,  bulat,  bujur,  kempis

-sifat-  jinak,  berani,  cekal,  bijak

-ukuran-  tinggi,  panjang,  pendek,  besar

-cara- gopoh,  laju,  deras,  cepat,  lambat

-perasaan- suka,  duka,  marah,  sedih

-jarak- jauh,  dekat, hampa,  nyaris



Ayat  contoh:

-         Buah  betik  itu  sungguh  manis.
-         Bola itu  bulat.
-         Kucing  itu  sungguh  jinak.


Soalan Kata nama am dan Kata nama khas
Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan kata nama am atau kata nama khas yang sesuai.

1)Padi  Pak Omar di __________________________ sudah boleh dituai.

2)_____________ ialah gunung yang tertinggi di negara kita.

3)Buku cerita itu saya pinjam dari __________ sekolah.

4)__________ yang siap dibina itu adalah untuk kemudahan 
     murid-murid melintas jalan.

5)Faridah dipilih sebagai __________ pada kejohanan sukan di sekolahnya.

6) Zailan akan melanjutkan pengajiannya dalam bidang agama di
      __________________________.


Gunung Kinabalu,  Mesir,  olahragawati,  sawah,  jejantas




Soalan kata ganti nama diri
Isi  tempat  kosong  dalam  ayat-ayat  di bawah  dengan  jawapan
  yang  paling  sesuai.
1)”__________ tidak akan mengalah!” kata Karim dengan marah.

2)”__________ akan berbincang tentang perkara itu dengan 
      Bendahara Tun Perak,”titah Sultan Muzaffar Syah.

3) Ramli dan kawan _____________________ suka  bermain  
     di kawasan  longkang itu.

4)Pegawai  Daerah  Segamat  telah  melawat  mangsa  kebakaran di
    Kampung  Gatom.__________ berjanji akan menghulurkan bantuan
    dengan segera.

5)”Hari  sudah  senja ,biarlah  saya  pulang  dahulu.Esok __________ 
       bermain lagi,” kata  Allan kepada Siva.

6) Anis  dan  suaminya  mengambil  anak  yatim  itu  sebagai  anak  
     angkat_______________________.


7)”_____________________ sekeluarga  akan  melancong  ke Australia,” 
      kata  Puan Devi  kepada  rakannya.

8)”__________ akan laksanakan semua titah tuanku,” kata 
      Laksamana Hang Tuah   kepada Sultan Melaka.

9)”Janganlah __________ cepat  berputus asa.Usaha itu tangga 
      kejayaan,” pesan ibu.

10) “______________ berjanji akan menuruti pesananibu dan ayah,” 
          kata Munir kepada ibu dan ayahnya.


 Saya,  Aku,   Patik,  kamu,  Beta,  mereka,  nya,  Beliau,  Kami,  kita


Soalan kata kerja aktif tak transitif
Pilih jawapan yang betul.
1) _______________(Penebangan, Penanaman) hutan  oleh  pihak  
     yang tidak  bertanggungjawab telah merosakkan ekosistem 
     kawasan hutan.

2) Orang  ramai ________________(bergayut, berebut) untuk  menaiki  
      komuter yang  baru  tiba itu.

3) Kapten  kapal  dagang  itu mengarahkan anak-anak kapalnya
     _________________  (menghulurkan, melabuhkan) sauh 
     berhampiran dengan dermaga.
 
4) Pak Hamid _______________ (menjolok, memulas) beberapa biji 
      buah kepala dengan menggunakan sebatang galah.

5) Lelaki tidak siuman itu telah mati akibat ________________
    (dilanyak, digilis)  oleh  kereta api ketika dia melintas di 
     kawasan itu.

6) Jasni sungguh _________________( terpegun, terharu) melihat 
     pedang bertatah emas dan permata asli di pameran itu.

Kata Hubung
Kata  hubung  digunakan  untuk  menghubung   dan   menggabungkan
 kata,  frasa  atau  ayat  untuk  membentuk  satu  ayat  yang   lebih
 bermakna.

Ayat contoh:
a. Ahmad tidak hadir ke sekolah kerana hari hujan.
b. Dia bukan sahaja kaya malah pemurah.

Terbahagi kepada tiga, iaitu:
. Gabungan- dan, atau, sambil
. Pancangan- jika, kerana, kalau
. Berpasangan- baik….baik, makin….makin, bukan sahaja…..malahan

Latihan:
Gabungkan  ayat-ayat  di bawah  dengan  menggunakan  kata  hubung  yang diberikan.

1. Datuk  saya  sudah  tua.
    Datuk masih  kuat  bekerja. ( tetapi)

  ----------------------------------------------------------------------------------


2. Sally  memungut  sampah  itu.
    Sally  memasukkan  sampah  itu  ke dalam  tong  sampah. ( lalu)

  ----------------------------------------------------------------------------------

3. Abang  bekerja  setiap  hari.
    Abang  tidak  bekerja  pada  hari  Ahad. ( kecuali)

   -------------------------------------------------------------------------------


4. Adik  menangis.
    Adik  sakit  perut. ( kerana)

  ------------------------------------------------------------------------------

5. Pak  Lamin  sedang  makan.
    Kami  sampai  di  rumahnya. (ketika)

  ----------------------------------------------------------------------------------


KATA KERJA AKTIF TAK TRANSITIF

Kata kerja aktif tak transitif bermaksud kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. Kata kerja aktif tak transitif dapat dibahagikan kepada dua subgolongan, iaitu:

a) Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap

b) Kata kerja tak transitif berpelengkap

Kata kerja aktif tanpa pelengkap:

Kata kerja yang boleh berdiri tanpa objek atau penyambut untuk melengkapkan maksud ayat.


Contoh: a) Abang suka bergurau.

             b) Aliff belum pergi.

             c) Bangunan itu sudah runtuh.
Kata kerja aktif tak transitif ini boleh diikuti oleh unsur keterangan yang bertugas untuk memberikan maklumat tambahan sekali gus menjadi ayat tersebut gramatis.


Ayat contoh                                                       Keterangan

1. Adik menangis                                         kerana dirotan ayah.

2. Puan Siti suka melancong                      ke negeri Sarawak.

3. Bangunan using itu telah runtuh           pada tahun 2009.

Kata Ganda
.Kata ganda  ialah   sebahagian  diulang  perkataan  yang  terbentuk daripada  kata dasar   yang diulang   sebahagian atau seluruhnya.
Terbahagi kepada tiga jenis iaitu,
i. Kata ganda  penuh
    . Proses  mengulang  keseluruhan  kata dasar
       Contoh: layang-layang, pelajar-pelajar, marah-marah

ii. Kata ganda separa
    . Proses mengulang  sebahagian  kata  dasar
      Contoh: kekuda,  pepatung, lelaki , jejari

iii. Kata ganda berentak
      . Proses  mengulang  kata  dasar  rentak bunyi  tertentu
       Contoh: mandi-manda,  lintang-pukang, mundar-mandir, selok-belok

Ayat contoh:
a. Rumah-rumah  setinggan itu musnah  dijilat  api.
b. Adik  membeli  bebola  ikan di kantin  sekolah.


Latihan;
Pilih  jawapan  yang  paling  sesuai.
1. Tukang kayu  itu menggunakan  ____________________ untuk mengukur sudut 
     tepat.
 A. jejari                                                                          B. kekisi
 C. sesiku                                                                        D. pepijat

2. Abang ________________________________ ketiaka  pulang  dari  pejabat.
 A. marah-marah                                                            B. nyaris-nyaris
 C. panas-panas                                                               D. bukan-bukan

3. Mak Cik  Salmah  memasak ___________________ untuk  dijual  di gerainya.
A. gopoh-gapah                                                               B. sayur-mayur
C. kuih-muih                                                                    D. saki-baki

4. Nasir menukar ______________________ basikalnya yang sudah patah.
A. pepijat                                                                           B. jejentik
C. lelabu                                                                             D. jejari


5. Tanah  itu  menjadi __________________ akibat  musim  panas  yang 
     berpanjangan.
A. kering-kontang                                                         B. basah-kuyup
C. gelap-gelita                                                             D. riuh-rendh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...